Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer bimbang untuk lepaskan pemain

ashley.jpg
Ole Gunnar Solskjaer bimbang apabila memikirkan tentang melepaskan pemain tatkala Inter Milan melahirkan minat untuk mendapatkan khidmat Ashley Young.

Awal pagi tadi, United tewas 3-1 di tangan musuh setempat, Manchester City, dalam aksi pertama separuh akhir Piala EFL di laman sendiri dalam perlawanan yang menyaksikan pelawat mendominasi hampir keseluruhan aksi.

Kekalahan itu hanya menjelaskan kekurangan dalam skuad United memandangkan persembahan Jesse Lingard, Andreas Pereira, Phil Jones dan Victor Lindelof hanya mengundang kritikan.

Tidak selepas perlawanan itu, wujud laporan bahawa pendahulu Serie A, Inter, kini dalam perbincangan lanjut untuk mendapatkan Young, yang digunakan selaku pengganti di bahagian pertahanan dalam beberapa musim terakhir.

Walaupun pemain berusia 34 tahun itu bakal tamat kontrak hujung musim ini, Solskjaer tampak berat hati untuk melepaskannya.

"Hari ini bukan waktu tepat untuk bercakap mengenai pemain yang tinggalkan pasukan kerana kami perlukan semua yang ada dalam skuad sambil musim ini hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi," katanya.

"Anda perlu bertanya kepada Young, itu lebih adil. Bagi saya, ia tentang fokus untuk aksi hari ini dan seterusnya."

United bakal menyambung aksi Liga Perdana Inggeris menentang Norwich City di laman sendiri, hujung minggu ini.


Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video