Ole Gunnar Solskjaer menggesa pengkritiknya agar terus menjadikannya sebagai sasaran kerana ia boleh menjadi pemangkinnya untuk terus memperbaiki kelemahan sejak Manchester United tumpas 0-5 kepada Liverpool.
Hatrik Mohamed Salah memberi inspirasi kepada anak buah Jurgen Klopp itu untuk mencapai kemenangan terbesar mereka di Old Trafford dua minggu lalu yang menyaksikan United tewas di tempat sendiri sekurang-kurangnya lima gol tanpa menjaringkan gol buat kali pertama sejak 1955.
Ia adalah hari yang memalukan buat United, lantas meletakkan jawatan Solskjaer seolah-olah dalam bahaya, tetapi Alex Ferguson dilaporkan memainkan peranan utama untuk melengahkan pemecatan pengurus Norway itu bagi mengubah keadaan selepas mengharungi empat perlawanan liga tanpa kemenangan.
The Red Devils menyusuli kekalahan itu dengan kemenangan di Tottenham, kelmarin sambil Solskjaer beralih kepada tiga pertahanan apabila menggandingkan Edinson Cavani dan Cristiano Ronaldo di jentera serangan yang membawa pulangan berbaloi -- mereka mengekalkan rekod bersih dengan dua penyerang tersebut turut mencetak nama selaku penjaring.
Kekalahan itu akhirnya menyebabkan pengurus Spurs, Nuno Espirito Santo, hilang jawatannya tatkala meredakan sedikit tekanan terhadap Solskjaer, tetapi dengan kunjungan ke Atalanta untuk menghadapi Liga Juara-Juara (UCL) disusuli 'derby' Manchester, ia meletakkan pengendali United itu kembali di bawah tekanan hebat.
Begitupun, dia berkata kritikan dengan tekanan sebegitu menjadi tonik buatnya untuk terus berdiri teguh.
"Kritikan boleh membuatkan anda meragui diri sendiri atau membuatkan anda teguh dengan pendirian anda,” katanya kepada pemberita menjelang pertembungan dengan Atalanta, awal pagi esok.
"Saya sentiasa menikmati kritikan maka teruskan. Wartawan mahupun pemerhati bola sepak mempunyai pekerjaan yang berbeza dan adalah menjadi tugas mereka untuk melontarkan pendapat. Saya di sini bukan untuk bertikam lidah dengan mereka, saya tidak perlu berdebat dengan mereka."
Di sebalik sambutan memberangsangkan selepas menentang Tottenham, Solskjaer tidak terpengaruh dengan situasi United.
"Perlawanan yang seterusnya penting. Kami sedang mencari dan bekerjasama untuk mencapai ketekalan dan apabila kami memperolehinya, kami akan mendapat keputusan yang tekal. Keputusan satu perlawanan tidak akan mengubah pencapaian musim panas.
"Kami akan terus memberi tumpuan kepada apa yang kami lakukan dengan baik. Jadual memang padat. Esok adalah peluang untuk kami sekali lagi membuktikan kemampuan."

? "All focus is on this game and then we look forward to the next one after that," says Ole.
— Manchester United (@ManUtd) November 1, 2021
"We know this will be a difficult game but everyone's focused and we've worked on recovery."#MUFC | #UCL