Skip to main content

Bola Sepak

Slimani tuntut Algeria kutip pengajaran tersingkir awal

senegal-2-algeria-2-slimani-at-the-double-as-desert-warriors-bow-out.jpg
SENEGAL 2 ALGERIA 2

Islam Slimani berpendapat permulaan lembab Algeria dalam kempen Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menjadi punca perjuangan mereka berakhir awal sambil berharap pemain muda dalam skuad kendalian Georges Leekens itu dapat menimba pengajaran hasil daripada penyingkiran di peringkat kumpulan. 

Dalam aksi di Franceville itu, penggempur Leicester City itu meletakkan Algeria mendahului sebanyak dua kali ketika menentang Senegal yang sudah pun layak, namun Papakouli Diop dan Moussa Sow memusnahkan impian mereka menerusi gol dalam masa kecederaan pada setiap babak. 

Kemenangan 4-2 Tunisia ke atas Zimbabwe bermakna Algeria, yang memiliki pemain berbakat seperti Slimani, Riyad Mahrez dan Yacine Brahimi, terpaksa pulang awal di samping pasukan tuan rumah, Gabon. 

"Perlawanan menentang Zimbabwe (seri 2-2) adalah aksi sulung dan ia tidak boleh dijadikan alasan," kata Slimani, 28, dalam temubual selepas permainan tamat. 

"Kami gagal untuk mara dan mungkin itu yang kami berhak. 

"Mereka adalah sebuah pasukan mantap (Senegal dan Tunisia), kedua-duanya adalah pasukan yang hebat. 

"Benar, kami memiliki ramai pemain muda. 

"Bola sepak adalah proses pembelajaran dan saya berasakan kami akan menimba banyak pengalaman hasil daripada penyingkiran dalam Piala Negara-Negara Afrika."
 

Advertisement

Must Watch Video