Diego Simeone menolak tanggapan bahawa perlawanan akhir Liga Europa awal pagi esok merupakan peluang buat Atletico Madrid untuk menghapuskan duka tewas di tangan Real Madrid dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Atletico akan menghadapi Marseille dalam penentuan juara di Lyon -- pentas yang menjulang hasil kerja Simeone pada 2012 setelah terbiasa dengan pentas UCL pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Skuad Rojiblancos itu tumpas kepada seteru utama, Real Madrid, dalam edisi final 2014 dan 2016, begitupun Simeone mencadangkan kemenangan Liga Europa mampu menyembuhkan luka-luka tersebut.
Beliau memberitahu sidang media: "Kami tidak memikirkan situasi ini dan hanya memikirkan apa yang berlaku ketika ini sahaja. Apa yang terjadi sebelum ini memberikan anda pengalaman.
"Ada detik baru yang kami nanti-nantikan. Realiti akan menentukan jika kami layak mendapat gelaran."
Simeone akan sekali lagi menjadi penonton selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menolak rayuan larangan di bangku simpanan terhadapnya dengan pembantu jurulatih, German Burgos, bakal mengawasi hal-hal dari tepi padang.
Ditanya sama ada ketidakhadirannya akan memberi impak, jawabnya: "Kami melaluinya ketika menghadapi Arsenal di laman sendiri. German yang mengawasi pasukan ketika itu.
"Selain kesedihan yang diberikan kepada saya untuk tidak berada di sana adalah perlawanan akhir, saya mempunyai perasaan yang hebat terhadap German. Kami saling mengenali di antara satu sama lain, kami mempunyai perasaan dan pemahaman yang sama tentang bola sepak."
Simeone menjangka cabaran sukar daripada Marseille yang kembali mantap di bawah bimbingan Rudi Garcia di sebalik status Atletico sebagai pasukan pilihan dalam final.
Dia berkata: "Mereka boleh bermain dengan cara yang berbeza, mereka memiliki pertahanan yang gemar mengasak. (Dimitri) Payet menetapkan rentak, mereka merupakan sebuah pasukan yang memiliki seorang pengurus yang telah mengurus dengan baik dan ia akan menjadi permainan yang hebat dan kami akan menghadapinya mengikut kesesuaian kami.
"Kami akan bermain dalam final yang baru. Terdapat perasaan, emosi, kepercayaan yang tinggi tetapi semua itu terhasil melalui kerendahan hati.
"Apabila anda tiba di tahap ini, anda perlu mempunyai kerendahan hati untuk bekerja. Kami perlu meminimumkan serangan mereka, mereka adalah pasukan yang mempunyai keyakinan yang tinggi," katanya lagi.