Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, mempertahankan Antoine Griezmann selepas pemain bintang itu diejek oleh penyokong.
Griezmann, yang dikaitkan dengan perpindahan ke juara LaLiga, Barcelona, diejek oleh penyokong ketika pasukannya seri 2-2 menentang Eibar dalam perlawanan terakhir LaLiga di Wanda Metropolitano, awal pagi tadi.
Tetapi Simeone menegaskan bahawa pemain antarabangsa Perancis itu -- yang masuk pada babak kedua -- mempunyai sokongan kuat di Atletico, dengan mengatakan ia hanya sebahagian kecil peminat yang menyasarkan ke arahnya.
"Mereka yang mengejek 50 atau 40 daripada 60,000. Sokongan untuknya sangat besar," katanya.
"Kami tahu bahawa jika dia terus bersama kami, kami akan menjadi lebih berdaya saing. Saya harap dia menyelesaikan apa yang dia percaya untuk perkembangannya tetapi dia mempunyai sokongan penuh di kelab ini."
Pemain pertahanan Atletico, Diego Godin, yang merupakan simpanan yang tidak digunakan, pergi ke arah peminat memohon supaya memberikan sokongan mereka kepada Griezmann.
Tetapi Simeone berkata ejekan dan kritikan adalah sebahagian daripada perlawanan, dengan mengambil Fernando Torres -- yang menjaringkan gol dalam perlawanan terakhirnya untuk kelab itu -- sebagai contoh.
"Saya tidak memandang rendah 30,000 penonton. Saya tidak fikir kerana Godin pergi ke sana untuk memberitahu mereka sesuatu, Griezmann akan kekal," katanya.
"Selalu ada ejekan dan kritikan. Ada juga ejekan kepada pemain seperti Kiko atau Torres."