Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menjelaskan tiga individu yang ditangkap sebelum ini tidak menunjukkan sebarang bukti kukuh mengenai penglibatan dalam kes simbahan asid terhadap penyerang Selangor, Faisal Halim.
Tegasnya lagi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat berkenaan tidak memberikan petunjuk jelas, sebaliknya mendapati bahawa nombor pendaftaran kenderaan suspek adalah palsu.
Pihaknya tetap meneruskan siasatan meskipun telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Menurut peguam, Nik Zarith Nik Moustapha, dalam satu sidang akhbar sebentar tadi, menjelaskan satu surat bertarikh 18 Februari 2025 daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan tidak dapat mengesan sebarang petunjuk -- genap setahun bintang Harimau Malaya itu disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.
"Ini merupakan prosedur operasi standard (SOP) dalam mana-mana siasatan. Sekiranya tangkapan tidak mempunyai kaitan atau membantu siasatan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) akan mengklasifikasikan kes sebagai NFA sehingga wujud perkembangan atau maklumat baharu," katanya kepada media tempatan semalam.
Shuhaily turut memaklumkan bahawa kertas siasatan akan dirujuk semula kepada pihak pendakwaan sekiranya memiliki petunjuk baharu.