Pertahanan Brazil, Thiago Silva, akan kembali mengetuai negaranya dalam pertembungan Kumpulan E, Piala Dunia Russia dengan Costa Rica di St Petersburg, malam ini.
Tonggak berpengalaman Paris Saint-Germain (PSG) itu merupakan ketua pasukan dalam edisi 2014 di laman sendiri, namun dimalukan 1-7 oleh Jerman di peringkat separuh akhir sehingga membawa kepada pelucutan jawatan itu sebaik Dunga menggantikan Luiz Felipe Scolari.
Ketua jurulatih, Tite, memilih kaedah penggiliran ketua pasukan dengan pertahanan kiri Real Madrid, Marcelo, dilantik untuk mengetuai skuad Selecao ketika seri 1-1 dengan Switzerland.
Silva memberitahu sidang berita menjelang perlawanan di Stadium Krestovsky: "Bagi saya, ini bukan masalah. Saya fikir perkara utama adalah memberikan persembahan terbaik tanpa mengira sama ada anda kapten atau tidak. Setiap orang mempunyai tanggungjawab yang besar.
"Kami berkongsi tanggungjawab ini di atas padang.
"Pertama, kami mempunyai Marcelo, kemudian Miranda. Kami memiliki semua ciri-ciri individu dan bersedia menjadi kapten apabila jurulatih memutuskannya.
"Kami menyedari bakal menghadapi sebuah pasukan kebangsaan yang sangat ampuh. Mereka memperagakan permainan menarik di Brazil (dalam Piala Dunia yang lalu), kami mengikuti perkembangan mereka dengan teliti.
"Kami sudah pulih, perjuangan akan diteruskan dan kami bersedia untuk melakukannya," ujarnya.
Tite mempertahankan Silva sepanjang minggu ini dan membidas keraguan terhadap penglibatan pemain itu selepas temasya Brazil 2014.
"Jika kami perlu mengeluarkan semua pemain yang dikritik dalam Piala Dunia yang lalu, maka tiada lagi pemain yang boleh diketengahkan. Kami tidak akan mempunyai pasukan kebangsaan," katanya.
"Kehidupan dan bola sepak tidak seperti itu.
"Sekali lagi saya tegaskan, terdapat sekumpulan pemain utama yang boleh diharapkan untuk memakai lilitan kapten dan Thiago merupakan salah seorang daripadanya."