Pengurus Everton, Marco Silva, menolak dakwaan pasukannya memerlukan perubahan radikal menjelang perlawanan menentang Cardiff City dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi esok.
Kedudukan Silva kini di bawah pemantauan ekoran prestasi Everton yang menduduki tangga ke-11 liga dengan The Toffees hanya memenangi tiga daripada 14 perlawanan terakhir mereka.
Kekalahan kepada bekas kelabnya, Watford, masih memberikan kesengsaraan buat Silva walaupun pasukannya mempunyai waktu rehat 17 hari selepas itu ekoran tidak beraksi dalam pusingan kelima Piala FA dan Manchester City pula beraksi dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) semalam.
Walaupun menyedari tempoh rehat itu tiba pada waktu yang tepat, Silva, yang masih gusar terhadap kerapuhan benteng pertahanannya -- terutama dalam gerakan 'set-piece' -- masih enggan melakukan perubahan besar dalam percaturan taktikalnya.
"Adakah anda mendengar saya berasa gembira? Tidak, saya tidak gembira dengan keputusan itu," katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
"Namun, saya tidak akan melakukan rombakan yang radikal.
"Jika kami mahu melakukannya pada bulan ini, ia bermakna apa yang dilakukan kami selama ini tidak masuk akal dan saya tidak rasakan itu sedang berlaku.
"Kami melakukan banyak perkara baik dalam empat bulan pertama, jadi kami perlu memahami mengapa kami tidak memiliki keyakinan sama ketika ini.
"Saya dapat melihat dengan jelas betapa faktor kekemasan menjadi pemisah dan tidak membantu kami memperoleh keputusan yang baik.
"Kami keciciran mata kerana faktor kekemasan dalam beberapa waktu dan kami perlu berusaha keras untuk menjadi lebih konsisten dan fokus sebagai satu pasukan.
"Hanya kerana kami memiliki waktu rehat panjang, ia tidak masuk akal untuk kami melakukan perubahan yang radikal," katanya.
Warford dan Everton bersetuju dengan nilai pampasan £4 juta (RM21.3 juta) selepas rundingan panjang apabila The Hornets membuat bantahan kepada Liga Perdana Inggeris pada Mei 2018 ekoran perpindahan Silva ke skuad The Toffees itu.
Namun, Silva beranggapan situasi itu tidak mendatangkan kesan besar terhadap kerjayanya.
"Saya perlu membuktikan keberkesanan saya setap hari.
"Saya berada di sini kerana kelab ini mempercayai kemampuan saya dan tugas saya pula adalah untuk menunjukkan kualiti pengurusan yang dimiliki.
"Ia tiada kena-mengena dengan rundingan kelab ini dengan kelab lain," tambahnya.