Skip to main content

Bola Sepak

Sidang media Barcelona tertangguh akibat bas sesat di Jeddah

sergio-busquets-cropped_1pq9ka1bo1fcj13s3tbbli24nf.jpg
Persiapan Barcelona untuk aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol menentang Atletico Madrid di Jeddah, Arab Saudi awal pagi esok tidak seperti dirancang apabila bas yang membawa skuad gergasi LaLiga itu tersesat.

Pengurus Barca, Ernesto Valverde, dan pemain tengah, Sergio Busquets, dijadualkan menghadiri sidang media pada jam 5:45 petang waktu tempatan di Al-Ittihad Sport City.

Barca, sama seperti Atletico, membuat keputusan untuk berlatih di sana kerana memikirkan soal padang di Kompleks Al Ahli.

Apa yang mengelirukan, pemandu bas mengikut laluan ke Stadium King Abdullah Sport City, di mana dua aksi separuh akhir diadakan, berbanding menuju ke pusat latihan Al-Ittihad.

Bas tersebut kemudian sesat di dalam lalu lintas dalam jarak 40 batu di antara dua venue itu, sekali gus menyebabkan Barca terpaksa menangguhkan sidang media selepas latihan.

"Kini kami lebih mengenali bandar ini," ujar Valverde tidak lama kemudian.

"Ada sedikit kesilapan. Kami datang ke stadium di mana Real Madrid dan Valencia beraksi hari ini. Pemandu sedar sebelum kami tiba tetapi disebabkan kesesakan trafik, kami lewat."



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video