Skip to main content

Bola Sepak

Setiap pemain penting mahu bermain untuk Real -- Zidane

neymar_3.jpg
Zinedine Zidane menegaskan "setiap pemain penting mahu bermain untuk Real Madrid" tetapi enggan mencetus sebarang idea untuk mendapatkan khidmat Neymar.

Bintang Brazil, Neymar, meninggalkan seters Rea, Barcelona, untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG), Ogos lalu.

Bagaimanapun, terdapat laporan yang menyatakan Neymar dijangka kembali ke LaLiga bersama Real dan Zidane turut mencadangkan mampu menghasilkan gandingan yang mantap bersama bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, menegaskan Neymar bukan untuk dijual dan pemain itu sendiri memberikan bayangan bahawa dia akan kekal bersama kelab itu selepas menyarung jersi musim 2018-19.

Pengendali Real, Zidane, cuba mengelak daripada perbualan mengenai Neymar dengan memilih untuk memberikan tumpuan dengan senjata sedia ada di dalam pasukan.

"Saya berasakan setiap pemain penting mahu bermain bersama Real. Mereka mahu datang dan bermain di sini -- sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

"Real adalah kelab yang terbaik dan sangat penting.

"Buat masa ini, saya merupakan salah seorang jurulatih pemain-pemain pasukan ini dan saya menghargai setiap aksi yang telah dipamerkan.

"Kami perlu menghormati setiap pemain pasukan ini dan pemain yang berada dalam kelab lain, kami tidak boleh mengawalnya."
 

Advertisement

Must Watch Video