Skip to main content

Bola Sepak

Sayang Pochettino terhadap Tottenham belum pudar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pochettino.jpg
Mauricio Pochettino menaruh harapan bahawa "suatu hari nanti" dia berkesempatan kembali ke pangkuan Tottenham Hotspur, enam tahun selepas dia dipecat di kelab utara London itu. 

Pochettino mengendalikan Spurs selama lima tahun setengah dari 2014 hingga 2019 dengan membimbing kelab itu ke final Liga Juara-Juara (UCL) pada tahun terakhirnya di kelab itu.

Dia kemudian dilepaskan daripada jawatannya lima bulan selepas kekalahan mereka kepada Liverpool di Madrid, dan kemudiannya menguruskan Paris Saint-Germain (PSG) dan seteru kota, Chelsea.

Pochettino mengendalikan 293 perlawanan dan memenangi 160 perlawanan untuk Spurs.

Malah, daripada pengurus Spurs yang pernah mengendalikan sekurang-kurangnya 100 perlawanan dengan kelab itu, Pochettino mempunyai peratusan kemenangan terbaik dalam sejarah kelab iaitu 54.27 peratus.

Pengendali dari Argentina akhirnya memegang tampuk kepimpinan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, menuju persediaan Stars and Stripes untuk Piala Dunia 2026.

Bagaimanapun, perasaan sayang Pochettino terhadap Spurs masih belum pudar, malah dia masih terbuka untuk kembali ke London utara pada masa akan datang.

"Lihat, apabila saya meninggalkan kelab, saya sentiasa ingat satu temu bual di mana saya berkata pada suatu hari nanti saya ingin kembali ke Tottenham dan sudah tentu saya kini berada di Amerika Syarikat.




"Tetapi saya tidak akan menolak (peluang kembali ke Spurs) tetapi saya tidak akan bercakap mengenainya," katanya dalam satu temu bual dengan Sky Sports.

"Tetapi apa yang saya katakan selepas enam atau lima tahun, saya masih merasakan dalam hati saya bahawa saya ingin kembali pada suatu hari nanti. 

"Kita lihat apabila tiba masanya, seperti yang Daniel katakan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video