Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan bahawa dia tidak ambil peduli dengan segala kritikan yang dilemparkan selepas pasukan bimbingannya tewas 1-4 kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.
Ini merupakan kekalahan ke-14 United dalam saingan EPL, menyamai rekod paling buruk pasukan dalam satu musim bagi saingan liga.
Gol Alejandro Garnacho menyamakan kedudukan memadam gol pembukaan Sandro Tonali, namun Newcastle meningkatkan kualiti permainan dengan meledak tiga lagi gol yang disempurnakan Harvey Barnes dan Bruno Guimaraes.
United kini menghuni tangga ke-14 liga, ketinggalan tujuh mata daripada kelompok separuh teratas, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Amorim serta para pemainnya.
"Saya menyedari dengan kritikan terhadap saya, namun saya tidak kisah mengenainya. Tiada apa yang lebih buruk daripada kalah perlawanan.
"Saya tidak akan mempertahankan diri atau apa-apa. Kalau tengok kedudukan kami dalam liga, ia dah cukup menggambarkan segalanya. Tewas adalah perkara paling sukar dalam bidang ini.
"Kami lakukan banyak kesilapan yang menyukarkan peluang untuk menang. Sukar nak salahkan satu perkara sahaja, kerana semuanya menyumbang kepada kekalahan ini."
Amorim segera mengalihkan fokus kepada perlawanan timbal balik suku akhir Liga Europa menentang Lyon yang akan berlangsung Khamis ini di Old Trafford.
Perlawanan itu kini terikat 2-2 dan United perlu mencatat kemenangan bagi meneruskan kemaraan serta mengekalkan peluang terakhir mereka untuk meraih trofi musim ini.
Kejayaan menjuarai Liga Europa kini menjadi penyelamat musim United untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan, satu peluang yang amat penting buat kelab yang sedang bergelut.