Skip to main content

Bola Sepak

Saya pemenang bersiri, kata Conte selepas kejayaan Piala FA

antonio-conte_1nrlcwklfzw741j8qb7mdohsij.jpg
MANCHESTER UNITED 0 CHELSEA 1

Antonio Conte mengisytiharkan dirinya sebagai "pemenang bersiri" selepas mengemudi Chelsea memenangi Piala FA dengan menewaskan Manchester United 1-0 dalam final di Wembley, awal pagi tadi.


Jaringan penalti disudahkan Eden Hazard dalam separuh masa pertama bagi memastikan jurulatih kelahiran Itali itu dapat memenangi trofi dalam setiap lima musim terakhirnya sebagai pengurus kelab.

Spekulasi mengatakan Conte akan meninggalkan Chelsea semakin kuat ketika ini dan dia membayangkan mempunyai peluang untuk kembali ke pasukan kebangsaaan Itali, yang dipimpinnya di antara 2014 dan 2016.

Dan selepas menambah Piala FA untuk mahkota Liga Perdana Inggeris musim lalu, Conte penuh bersemangat dapat mempertahankan rekodnya.

"Saya fikir selepas dua tahun, kelab mengenali saya dengan baik dan jika mereka mahu terus bekerja dengan saya, mereka kenal saya," katanya. "Saya tidak boleh berubah, tidak akan ada perubahan. Cara saya sentiasa sama.

"Saya berusaha membina mentaliti yang kuat dengan pemain saya dan saya tidak boleh berubah. Dan saya fikir, masa lalu saya menjelaskan tentang saya sebagai pemain dan pengurus.

"Kamu boleh mengatakan apa yang kamu mahu tetapi saya seorang pemenang bersiri. Saya menunjukkannya ketika tempoh sukar untuk kelab.

"Saya rasa saya mempamerkannya juga hari ini dan saya fikir kami mendapat peluang untuk memenangi trofi ini. Saya sangat gembira dengan pemain dan peminat kami. Pada masa yang sama, saya gembira untuk kelab ini.

"Keputusan untuk menilai saya -- dalam dua musim, saya membawa dua trofi ke kelab ini, saya sangat gembira."

Advertisement

Must Watch Video