Jose Mourinho berkata beliau telah bertindak "kurang ajar kepada seorang yang bodoh" untuk dilayangkan kad kuning ketika Tottenham tewas 1-0 kepada Southampton awal pagi tadi.
Pengurus Spurs itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Mike Dean, selepas berhadapan barisan bangku simpanan Southampton dan menghampiri jurulatih skuad tuan rumah itu yang kelihatan sedang mencatat nota-nota taktikal.
Mourinho megakui beliau seharusnya diberikan hukuman itu, namun tidak menyesal di sebalik tindakannya.
"Saya berasakan kad kuning yang dilayangkan adalah adil kerana saya bersikap kurang ajar," kata Mourinho. "Tetapi saya kurang ajar kepada orang yang bodoh.
"Namun ya, saya telah melakukan sesuatu yang tidak perlu dilakukan dan saya menerima kad kuning yang dilayangkan pengadil."
Jaringan Harry Kane telah dibatalkan VAR selepas berada dalam kedudukan ofsaid dan Mourinho mengakui masih belum menyaksikan ulang tayang, dengan jurulatih itu mula tidak berpuas hati dengan penggunaan teknologi berkenaan.
Spurs mendapat manfaat daripada penggunaan VAR, Sabtu lalu selepas jaringan penyerang Norwich City, Teemu Pukki, turut dibatalkan.
"Saya berasakan buat masa ini, pengadil tidak seharusnya dipanggil pengadil. Saya berasakan VAR perlu mengubah nama mereka.
"VAR? Itu tidak benar. Ia seharusnya dipanggil VR -- pengadil video (video referee) -- kerana merekalah pengadil perlawanan. Ganjil, anda melihat pengadil di atas padang, namun mereka hanya pembantu pengadil."
Editor: Ammar Hakim