Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, menghangatkan suasana sidang media yang berlangsung semalam apabila memilih untuk menjawab soalan dalam nada yang agak sinis ketika mengulas tentang nasibnya dengan Spurs menjelang perlawanan dengan Manchester United awal pagi esok dalam kancah Liga Europa (UEL).
Soalan tersebut itu muncul daripada salah seorang wartawan yang hadir dengan bertanyakan adakah dia sedar situasi genting membabitkan aksi tersebut yang bakal mempengaruhi kedudukanya selaku pengurus Spurs.
Seandainya Spurs mampu mencatatkan kemenangan ke atas pasukan bimbingan Ruben Amorim, Ange Postecoglu mungkin akan dijulang dengan menjadi antara sejarah musim terbaik Spurs dalam kancah UEL.
Namun perkara itu mungkin akan menjadi sebaliknya sekiranya Spurs kekal tewas di tangan The Red Devils ditambah dengan prestasi terburuk mereka dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.
Bagaimanapun, soalan tersebut seakan mencabar kewibaan dirinya selaku jurulatih kelab yang kini menduduki tangga ke-17 liga.
"Terpulang kepada anda mengenai perlawanan esok tetapi saya ingin memberitahu kepada anda bahawa saya bukanlah seorang badut dan saya tidak akan sesekali menjadi badut.
"Agak mengecewakan apabila anda menggunakan terminologi itu terhadap seseorang yang telah berkecimpung selama 26 tahun dengan caranya yang tersendiri bagi kelab yang bermain dalam liga utama Eropah.
"Untuk anda mengatakan ia tidak berjaya seolah-olah saya ini seperti badut saya tidak pasti bagaimanakah saya harus menjawab soalan anda itu," katanya.
Bekas jurulatih skuad kebangsaan Australia dan Celtic itu turut menyatakan bahawa dia juga selama ini telah memberikan segalanya tanpa pernah mengira penat dan lelah dalam memastikan Spurs mampu beraksi dengan sebaik mungkin.
"Saya telah mencuba sedaya upaya untuk kekal dalam proses tersebut dalam memastikan kedudukan terbaik Spurs di mana mereka mampu memberi saingan dalam perebutan trofi dan dalam masa sama memperbaiki corak permainan mereka," katanya lagi.
Bagi jurulatih berusia 59 tahun itu, dia merasakan bahawa tugasnya di Spurs masih lagi belum berakhir dan dia masih lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan kelab itu selepas ini.
Spurs sebelum ini menutup aksi musim 2023/24 di kedudukan lebih baik iaitu berada di tangga kelima dalam carta EPL.

“We’re going to try and create something special.”
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) May 20, 2025
Ange's thoughts ahead of tomorrow night ?️ pic.twitter.com/Br8KgyXnq1