Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, mengakui sedang mendapatkan seorang lagi pemain bagi memperkuatkan pasukannya selepas Nor Hakim Hassan mengalami kecederaan serius.
Selangor menerima tamparan hebat apabila Nor Hakim, yang baru ditandatangani, mengalami kecederaan lutut.
Bekas pemain sayap Perak itu berkemungkinan terpaksa berehat panjang walaupun baru sahaja menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan Gergasi Merah berkenaan.
"Tentang kontrak, saya perlu mendapatkan keputusan daripada pihak pengurusan kerana Hakim sudah tercedera dan memerlukan masa yang lama.
"Saya terpaksa mencari seorang pemain yang boleh bermain di posisinya atau posisi lain," katanya.
Ketika ini, bekas pertahanan Kelantan, Fitri Omar, menjadi calon paling sesuai untuk mengisi kekosongan itu.
Fitiri pernah berada di bawah bimbingan Sathianathan ketika bersama Kelantan pada 2009 selain ATM sepanjang 2011 hingga 2014.
"Saya sudah biasa bekerja dengan Fitri Omar.
"Dia pernah bersama saya dalam dua pasukan sebelum ini.
"Dia pernah mewakili Kedah dalam final, jadi dia mempunyai pengalaman.
"Sama juga dengan dua calon lain yang saya tidak mahu sebut di sini.
"Tetapi setiap kata putus adalah daripada pihak pengurusan," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa