Pengurus Juventus, Maurizio Sarri, tidak akan mengesahkan sama ada dia akan terus menggunakan trio Cristiano Ronaldo, Paulo Dybala dan Gonzalo Higuain sebagai penyerang serangkai ketika berdepan Cagliari tetapi memberi amaran mengenai ancaman pihak lawan di bahagian tengah.
Sarri tidak tunduk kepada tekanan untuk mengerah Ronaldo, Dybala dan Higuain membentuk gandingan di barisan hadapan menjelang aksi pertengahan musim ini.
Walaupun ketiga-tiga pemain itu mempamerkan persembangan mengagumkan dalam kemenangan ke atas Udinese dan Sampdoria, mereka kemudian tumpas 1-3 kepada Lazio dalam Supercoppa Italiana.
Begitupun, Sarri menegaskan kekalahan itu bukan disebabkan oleh barisan hadapannya.
Namun, bercakap sebelum pertemuan Serie A dengan Cagliari, dia tidak bercadang untuk berpegang teguh kepada sistem permainan itu.
Cagliari yang memiliki ramai pemain berbakat seperti Radja Nainggolan, Nahitan Nandez dan Marko Rog juga mungkin menyaksikan Sarri akan mempertaruhkan kelibat Aaron Ramsey.
"Kita akan tengok esok," katanya dalam sidang akhbar semalam.
"Ramsey juga semakin berkembang, jadi kami perlu membuat keputusan.
"Kami perlu berwaspada. Barisan tengah Cagliari boleh memulakan serangan berbahaya, jadi kami memerlukan keseimbangan jitu di pihak kami, terutama di bahagian tengah.
"Apabila anda dibolosi banyak gol (sebelum Krismas), anda sering akan menyalahkan pertahanan. Namun, ia tidak semestinya begitu.
"Pada pendapat saya, perlindungan yang betul tidak diberikan kepada pertahanan. Sebab itulah kami berusaha untuk (memperbaiki) pergerakan pemain tengah."
Douglas Costa masih berusaha mengembalikan kecergasannya, tetapi Matthijs de Ligt akan kembali mengisi tempat di pusat pertahanan setelah dipinggirkan selepas kekalahan kepada Lazio, 7 Disember lalu.
"Dia menempuhi tempoh yang rumit akibat masalah bahu dan pinggul," katanya mengenai pemain Belanda itu.
"Dia masih muda, dia perlu direhatkan kerana menanggung masalah kecil sementara Merih Demiral berkembang pesat.
"Dia kelihatan sudah pulih, jadi mari kita lihat esok."
The Old Lady pada minggu ini menyempurnakan perpindahan Dejan Kulusevski daripada Atalanta dengan harga €35 juta (RM160.5j), namun dia dipinjamkan ke Parma.
Sarri berkata: "(Kulusevski) merupakan prospek yang bagus dan adalah penting bagi kelab ini untuk memberi perhatian khusus kepada pemain muda sepertinya dan membenarkannya bermain di sana terlebih dahulu.
"Tiada syarat di manakah dia akan beraksi ketika ini."
Editor: Shaiful Shamsudin