Pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, tidak menolak kemungkinan mengekalkan Safee Sali dalam kesebelasan utama pasukannya untuk aksi Liga Super berdepan Kuala Lumpur, Ahad ini.
Bekas pengendali kebangsaan itu mengakui berpuas hati dengan kelibat Safee ketika aksi berdepan Melaka minggu lalu yang turut meraih satu gol.
Bagi Rajagobal, kehadiran Safee turut menambah keampuhan jentera tengah dan serangan pasukannya untuk membenam Melaka.
"Saya akan melihat dan menilai prestasi pasukan ini. Safee bermain dengan baik dan berjaya meledak gol yang berharga buat pasukan," kata Rajagobal.
"Kami masih lagi memiliki masa dalam latihan untuk membuat perancangan berdepan Kuala Lumpur."
Musim ini menyaksikan PKNS menggunakan formasi 4-1-4-1 dan 4-2-3-1 dengan Safee selaku pemain tengah menyerang.
Bagi Safee pula, dia bersedia untuk tugasan berdepan Kuala Lumpur dan mengakui mampu membentuk persefahaman baik bersama penyerang import, Rafael Ramazoti, meskipun sebagai pemain tengah menyerang.
Safee turut mahu menebus kekalahan 2-1 kepada Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super, 2 Mei lalu.
"Persafahaman di antara saya dan Rafael semakin baik. Kehadiran dua penyerang dalam pasukan ini memberikan kelebihan buat pasukan," kata Safee.
Imej: Asiana