Sabah akan turun bertemu Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam Liga Perdana di Stadium Likas, malam ini tanpa tiga tonggak utama, termasuk kapten, Rawilson Batuil.
Pengendalinya, Jelius Ating, berkata Rawilson atau lebih dikenali sebagai Jipun terpaksa menjalani penggantungan perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning manakala Mohd Azzizan Nordin dan Jenius Karib disisihkan akibat kecederaan.
"Kami terpaksa membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama, tiga pemain itu kemungkinan akan digantikan dengan Randy Baruh, Dendy Lowa dan Rahman Shah Marajeh," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.
Jelius berkata pasukannya bagaimanapun bakal mendapat semula khidmat pemain tengah dari Korea Selatan, Heo Jaenyong, untuk aksi malam ini.
Jaenyong sebelum ini terpaksa diketepikan dalam dua perlawanan lalu yang menyaksikan mereka kecundang kepada UKM FC dan Pulau Pinang di gelanggang lawan.
Sabah dijangka mengekalkan Robson Rendy Rining sebagai benteng terakhir dengan dibantu Randy, Dendy, Maffry dan Francis Kasonde di bahagian pertahanan.
Bahagian tengah pula akan kembali dikemudi Jaenyong dengan dibantu Rahman Shah, Maxsius Musa dan Sabri Sahar manakala Lee Gil Hoon dan Hector Omar Ramos akan menggalas tugas sebagai pemburu jaringan.
Dalam pada itu, Jelius mahu anak buahnya melupakan dua kekalahan mereka sebelum ini dan berharap mereka akan dapat menundukkan JDT II di laman sendiri, malam ini.