Skip to main content

Bola Sepak

Roy Keane: Ten Hag mabuk selepas perlawanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

roykeane.jpg
Bekas pemain tenga Manchester United, Roy Keane, mendakwa pengendali Manchester United, Erik Ten Hag, sempat meminum segelas minuman keras sebelum memberikan kenyataan apabila ditemu ramah selepas perlawanan menentang Liverpool  semalam.

Anak-anak buah Ten Hag berjaya meraih satu mata dan mungkin memenangi perlawanan sekiranya Aaron Wan-Bissaka tidak melakukan kekasaran terhadap Harvey Elliott yang membawa kepada penalti.

Keputusan itu berpotensi memberikan kesusahan buat Liverpool, yang terlepas peluang untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris. Mereka kini menduduki tempat kedua di belakang Arsenal dan hanya satu mata di depan juara bertahan Manchester City.
 
"Ianya terlihat jelas bahawa dia telah meminum beberapa gelas wain selepas perlawanan," kata Roy Keane kepada Sky Sports selepas menonton temu bual Ten Hag selepas perlawanan. 

"Saya tidak dapat berfikir dengan positif, atau saya yang terlalu tua dan pemarah.

"Saya tidak dapat melihat prestasi yang memberangsangkan walaupun mereka menghasilkan dua gol yang sangat bagus," katanya.

"Secara keseluruhan, Liverpool mendominasi permainan tetapi kami kekal dalam permainan," kata Ten Hag.

"Dalam saat-saat yang mendebarkan, kami kalah dalam beberapa pertarungan penguasaan. Kata Ten Hag.
 

Advertisement

Must Watch Video