Pertahanan Sarawak, Ronny Harun, memuji karektor yang ditunjukkan sebahagian besar pemain muda pasukan itu kerana mempamerkan semangat juang tinggi sebelum tewas 3-2 di tangan Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Darulaman, Jumaat lalu.
Sebelum perlawanan, ramai menjangkakan Sarawak menjadi lawan mudah kepada Kedah yang turun dengan reputasi selaku juara Piala Sumbangsih.
Bagaimanapun, dengan beraksi tanpa sebarang tekanan, pemain muda Sarawak seperti Tommy Mawat, Abdul Rahim Razak dan Nur Syamie Iszuan berjaya memberi banyak masalah kepada pertahanan Kedah.
"Kami tahu kami bermain di tempat lawan yang pastinya bukan mudah tetapi saya memuji pemain, terutama tenaga muda yang diturunkan.
"Walaupun kami kalah, kesungguhan yang ditunjukkan sehingga wisel terakhir sangat hebat," katanya.
Ronny berkata kekalahan kepada Kedah itu akan dijadikan pelajaran berguna bagi menghadapi perlawnan akan datang.
Tambahnya, kekurangan fokus sehingga 90 minit permainan menjadi punca Sarawak terpaksa pulang ke Kuching tanpa sebarang mata.
"Mungkin kami sangat mengambil mudah, jadi atas sikap ini juga ia memerangkap kami. Dalam perlawanan seterusnya, kami harus fokus sehingga tamat perlawanan."