Cristiano Ronaldo menghasilkan hatrik pertamanya di pentas Serie A tatkala Juventus terus memberikan tekanan buat pendahulu, Inter Milan, selepas membenam Cagliari 4-0 awal pagi tadi.
Selepas babak pertama di Allianz berakhir tanpa jaringan, Ronaldo melepasi halangan Sebastian Walukiewicz selepas mengutip bola hantaran lemah Ragnar Klavan untuk mudah menewaskan penjaga gol, Robin Olsen, bagi jaringan pembukaan.
Pemain berusia 34 tahun itu kemudian menambah gol kedua menerusi sepakan penalti susulan kesalahan Marko Rog menjatuhkan Paulo Dybala.
Gonzalo Higuain melebarkan kelebihan buat Juve pada minit ke-81 dan lima saat selepas aksi bersambung, Ronaldo meledakkan gol keempat, sekali gus mencatat hatrik pertamanya di pentas Serie A.
"Tahun ini bermula dengan sangat baik. Walaupun meraih hatrik, apa yang penting adalah pasukan meraih kemenangan," katanya.
"Kami bermain dengan baik dan mencipta banyak peluang. Saya teruja dengan hatrik tetapi apa yang paling penting adalah kemenangan serta terus berikan tekanan buat Inter.
"Pasukan kini bertambah baik, bukan hanya bahagian pertahanan tetapi secara keseluruhan. Kami harus meningkat dalam semua aspek, bukan satu. Kami adalah pasukan yang lengkap dan perlu bekerjasama dalam setiap pergerakan."
Ditanya sama ada dia akan menyaksikan pertemuan di antara Inter dan Napoli, Ronaldo menambah: "Saya tidak tahu tetapi jelas sekali saya mengharapkan Inter tewas kerana ia akan membantu kami.
"Dalam apa jua situasi, kami telah melakukan apa yang perlu dan kini hanya boleh menunggu."
Bagaimanapun, Inter kembali menduduki tangga teratas liga tertinggi Itali itu selepas menewaskan Napoli 3-1 di tempat lawan, sekali gus kekal selaku pendahulu dengan 45 mata.
Editor: Nafis Abdullah