Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, mencadangkan Liga Juara-Juara (UCL) dinamakan sebagai " UCL CR7".
Ronaldo menjulang gelaran UCL buat kali kelima selepas Madrid menumpaskan Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir di Kiev, awal pagi tadi.
Penyerang Portugis itu kurang mencipta impak tatkala Gareth Bale memainkan peranan besar meskipun tampil dari bangku simpanan.
Ronaldo, yang mencetuskan keraguan tentang masa depannya selepas perlawanan berakhir, turut mencadangkan saingan UCL dinamakan sempena kejayaannya berikutan rekod 15 gol dalam kempen itu pada musim ini untuk muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan itu buat kali ketujuh.
"Siapa penjaring terbanyak sekali lagi?" katanya.
"UCL harus diubah dan digelar UCL CR7.
"Saya telah memenangi lima trofi dan sekali lagi menjadi penjaring terbanyak, oleh itu saya tidak boleh bersedih," katanya.
Kemenangan Madrid ke atas Liverpool menyaksikan mereka merakamkan kejuaraan UCL buat tahun ketiga berturut-turut dengan rekod 13 trofi secara keseluruhannya.