Bryan Cristante telah bersetuju dengan AS Roma untuk meneruskan khidmatnya bersama kelab Serie A itu sehingga 2024.
Pemain tengah itu -- yang menyertai Roma daripada Atalanta tahun lalu selepas menamatkan proses pinjaman sebelum itu -- teruja untuk meneruskan komitmennya di Stadium Olimpico.
"Saya berbesar hati untuk memperbaharui kontrak," kata pemain tengah Itali itu.
"Ini tempat yang tepat untuk saya dan terus berkembang. Saya percaya dengan projek yang kami bina di sini. Saya fikir ia akan berjaya."
Cristante telah melakukan 54 penampilan buat Roma, menjaringkan lima gol dan dia turut menerima pujian daripada pengarah sukan, Gianluca Petrachi.
"Saya sentiasa sedar dengan kemampuan teknikal yang dimiliki Cristante sebelum saya hadir ke Roma," katanya.
"Apabila berada di sini, saya turut berpeluang untuk memantau dan menghargai dedikasi serta keinginan yang dia tunjukkan setiap hari."
Editor: Nafis Abdullah