Presiden AS Roma, James Pallotta, hanya akan memaafkan Barcelona yang meragut urusan pembelian Malcom yang disifatkan sebagai "tidak bermoral dan beretika" sekiranya Lionel Messi dihantar sebagai jalan kepada proses pendamaian.
Kelab Serie A itu hampir selesai melengkapkan perpindahan pemain sayap itu sebelum Barca membuat tawaran lewat bernilai €41 juta (RM194.2j). Bordeaux menerima tawaran itu dan pemain berusia 21 tahun itu diarahkan ke Sepanyol biarpun hampir diterbangkan ke Rom bagi menjalani pemeriksaan perubatan.
Pallotta mendakwa kelabnya sudah hampir menyempurnakan perjanjian itu dan Malcom begitu bersemangat untuk datang, beberapa jam sebelum langkah itu dirosakkan.
Dalam temu bual dengan Sirius XM, usahawan dari Amerika Syarikat (AS) itu menempelak Barca dan Bordeaux sambil mengesahkan berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Mereka terus mengamalkan pendekatan yang diamalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah kelab yang memiliki reputasi seperti Barcelona," kata Pallotta seperti yang dipetik daripada laman sesawang kelabnya.
"Malah, mereka turut memohon maaf atas tindakan mereka serta bagaimana urusan itu dijalankan. Saya tidak menerima permohonan maaf.
"Satu-satunya cara yang saya akan terima adalah sama ada: pertama, mereka memberikan pemain kepada kami. Itu jelas tidak akan berlaku.
"Kedua, mungkin sebagai isyarat muhibah, sekurang-kurangnya mereka boleh menghantar Messi!
"Saya fikir dalam kes ini, pemain mahu datang kepada kami. Saya fikir banyak kelab yang berminat terhadapnya (Malcom) tetapi tidak mahu mengganggu proses itu kerana mungkin mereka fikir sudah terlambat untuk membuat tawaran.
"Kami sudah menghantar wakil ke sana untuk berurusan dengan pemain terbabit secara peribadi.
"Saya langsung tidak mempunyai masalah jika pemain berhasrat menyertai kelab besar yang lain sekiranya kita semua melalui proses yang sama untuk cuba mendapatkannya.
"Bagaimanapun, pada penghujung hari, apabila kesepakatan itu selesai dan dicapai sepenuhnya ... kita semua tahu bagaimana ia berjalan, pemain terbabit akan tiba untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menandatangani kontrak.
"Pasukan lain tahu mengenainya, lalu tidak akan membuat tawaran seperti mana yang Barcelona lakukan. Bordeaux tidak sepatutnya bertindak seperti itu -- kontrak sebenar akan menyusul, namun tindakan itu tetap tidak bermoral dan beretika."
Insiden itu menyemarakkan perseteruan di antara kedua-dua kelab selepas kelab Itali itu bangkit untuk menyingkirkan gergasi LaLiga tersebut dalam suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu.