Skip to main content

Bola Sepak

Rizal Fahmi tidak rela gawangnya dibolosi

rizalfahmi.jpg
Pemain pertahanan Negeri Sembilan, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, berharap dapat membantu skuad Jang mengakhiri kemarau kemenangan sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya apabila mereka menentang Kedah dalam Liga Super di Stadium Darulaman, malam ini. 

Bekas pemain Selangor dan Kelantan itu, yang turun selaku tonggak di benteng akhir skuad Negeri Sembilan, menjangkau usia 32 tahun hari ini.

Sememangnya, dia memburu hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran ketika pasukannya kini dirundung malang.

Skuad Jang gagal meraih kemenangan daripada lima perlawanan liga untuk menghuni tangga tercorot Liga Super.

"Pada hari lahir saya hari ini, saya mahu melakukan yang terbaik dan dapat memberikan sesuatu, iaitu kemenangan atau paling kurang seri. 

"Saya sebagai pemain pertahanan tidak akan memberikan gol kepada pihak lawan," katanya ketika sesi latihan, hari ini.

Ini merupakan pertemuan kedua kedua-dua pasukan musim ini selepas aksi pusingan kedua Piala FA, 2 Mac lalu

Tewas 0-1 dalam masa tambahan di Alor Setar ketika itu, skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu kini bertekad untuk melakukan kejutan.

"Sudah tentu kami mengharapkan satu persembahan yang lebih baik. Bagi kami, kami datang buat kali kedua dengan berlainan, pemain agak cergas dan dengan penuh harapan kami dapat melakukan dengan lebih baik pada malam ini," kata Azraai.

Advertisement

Must Watch Video