Skip to main content

Bola Sepak

Rennes kejutkan PSG

rennes.jpg
PSG 0 RENNES 2

Rekod tanpa kalah Paris Saint-Germain (PSG) dalam 41 perlawanan di Parc des Princes lebur apabila tewas mengejut kepada Rennes, awal pagi tadi.


Menjadi aksi terakhir buat Thiago Motta yang bakal bersara, pemain tengah itu menyalahkan diri sendiri selepas memberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Benjamin Bourigeaud.

Adrien Hunou menambah jaringan selepas melepasi pertahanan, Presnel Kimpembe, dan melepaskan rembatan yang gagal ditampan oleh Kevin Trapp, sekali gus menyaksikan rekod tanpa kalah PSG di laman sendiri lebur.

Pengurus, Unai Emery, yang akan turut meninggalkan pasukan, melakukan empat pertukaran dalam kesebelasan utama yang menewaskan Les Herbiers dalam aksi final Piala Perancis.

Rennes, yang sering kali memberikan tekanan pada penghujung musim, kali ini berjaya memastikan slot beraksi di Eropah dalam saingan Liga Europa (UEL) tanpa mengira keputusan perlawanan terakhir Ligue 1 berdepan Montpellier.

PSG pula kini gagal melakar sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan menjelang kunjungan ke Caen.

Advertisement

Must Watch Video