Skip to main content

Bola Sepak

Rekod Liverpool lebih baik berbanding Barca, PSG, Bayern

roberto-firmino.jpg
Liverpool memecahkan rekod menerusi kemenangan terbaru dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Tottenham Hotspur awal pagi tadi, satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan Barcelona, Paris Saint-Germain (PSG) mahupun Bayern Munich.

Roberto Firmino menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam babak pertama untuk Liverpool, yang tidak pernah tewas, memperoleh kemenangan ke-20 daripada 21 perlawanan musim ini dan menghimpunkan 61 mata.

Dalam era pungutan tiga mata untuk setiap kemenangan, ia merupakan himpunan mata terbanyak dalam lima liga utama Eropah untuk 21 perlawanan pertama.

Walaupun pasukan gergasi seperti Barca, PSG, Juventus dan Bayern mendominasi liga domestik masing-masing, tiada satu pun dalam kalangan mereka yang mampu mencapai pencapaian itu pada peringkat berkenaan.

Selain itu, pasukan kendalian Jurgen Klopp itu juga melebarkan rekod tanpa kalah dalam EPL kepada 38 perlawanan -- yang menyamai jumlah perlawanan semusim.

Dalam tempoh itu, mereka telah mengumpulkan 104 mata daripada 33 kemenangan dan lima keputusan seri -- memperbaiki rekod yang pernah dicatatkan Manchester City dan Chelsea (kedua-duanya dengan 102 mata), yang masing-masing dilakukan pada 2017-18 dan 2005.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video