VILLAREAL 2 REAL MADRID 2
Casemiro tidak berbelah-bahagi dengan penilaiannya terhadap keputusan seri 2-2 Real Madrid dengan Villarreal dalam saingan LaLiga sambil mengandaikan mereka "kekurangan segala-galanya" di Estadio de la Ceramica.
Real terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan semalam sementara usaha Gareth Bale yang menyamakan kedudukan menafikan jaringan Gerard Moreno, dan kemudian Moi Gomez, sebelum bintang Wales itu diarah keluar padang dalam masa kecederaan.
Di sebalik Real meraih satu mata di tempat lawan, Casemiro menyelar mutu persembahan pasukannya yang kelihatan seperti tidak bermata di atas padang.
"Kami kekurangan segala-galanya," katanya. "Kami perlu menjaringkan gol dan bertahan dengan lebih baik. Kami perlu bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan.
"Real Madrid perlu menang setiap masa. Jersi ini menjadikannya satu kewajipan. Ini merupakan stadium yang rumit. Kami mengawal permainan sepanjang 65 minit pertama tetapi mereka berjaya menjaringkan gol.
"Real perlu terus memungut mata dan kami perlu mula mengubah mentaliti menghadapi perlawanan selepas ini. Kami perlu terus berusaha.
"Kekecewaan penyokong adalah sesuatu yang biasa. Kami akan mencuba yang terbaik bagi saingan LaLiga kali ini," tambahnya.
Real akan kembali beraksi dalam saingan LaLiga bertemu Levante, 14 September ini.

?️ This is what @Casemiro had to say following our match against @Eng_Villarreal. #HalaMadrid pic.twitter.com/gQu11bbpg2
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) September 1, 2019