SEVILLA 3 REAL MADRID 2
Sergio Ramos terlepas sepakan penalti dan menjaringkan gol sendiri ketika Real Madrid beraksi tanpa beberapa tonggak utama, sekali gus tewas 3-2 kepada Sevilla dalam saingan LaLiga, awal pagi tadi.
Zinedine Zidane melakukan tujuh pertukaran selepas pasukannya seri 2-2 dengan Barcelona dalam aksi terdahulu, yang menyaksikan Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, Toni Kroos dan Luka Modric direhatkan dan Sevilla memastikan kelebihan pasukan mereka tidak dipersiakan.
Walaupun Real mengawal sebahagian besar permainan, mereka kurang berkesan dan ketinggalan pada minit ke-26 apabila Wissam Ben Yedder meledak gol pertama dalam aksi LaLiga sejak Februari lalu.
Real cuba bangkit daripada ketinggalan tetapi Sevilla terus menggandakan asakan dan meledak gol lagi menerusi Miguel Layun sebelum tamat separuh masa pertama.
Ramos melepaskan peluang menerusi sepakan penalti dalam babak kedua perlawnan dan menjadi dalang di sebalik gol ketiga pasukan lawan apabila menjaringkan gol sendiri ketika perlawanan berbaki enam minit.
Pemain gantian, Borja Mayoral, menjaringkan gol pertama Real sebelum Ramos menyempurnakan sepakan penalti kedua tetapi Sevilla memastikan tiga mata diraih bagi memastikan mereka layak ke saingan Liga Europa musim depan.