Skip to main content

Bola Sepak

Rajagobal enggan pandang mudah Negeri Sembilan

rajagobal.jpg
Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, enggan pemain memandang mudah cabaran Negeri Sembilan apabila berdepan pasukan itu dalam Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Ahad ini.

Rajagobal berkata tiga mata amat penting buat pasukannya untuk mengukuhkan kedudukan dalam Liga Super.

Kerana itu, dia enggan pemain memandang ringan kekuatan Negeri Sembilan walaupun mereka kini masih berada di tangga tercorot liga.

"Kita tahu Negeri Sembilan mendapat rentak di atas kemenangan ( 2-0 ke atas Kelantan). Ia memberikan keyakinan kepada mereka. 

"Tetapi kami perlu serius dalam latihan dan akan membuat persediaan rapi menentang pasukan itu," kata Rajagobal.

Penyerang skuad bawah 23 tahun dan senior kebangsaan, Jafri Firdaus Chew, dijangka kekal menjadi antara sandaran Rajagobal untuk aksi menentang Negeri Sembilan.

Bekas pemain Pulau Pinang itu juga menyasarkan tiga mata di Paroi dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan liga.

"Kami tidak mahu jauh sangat dengan pasukan atas. Jadi, tiga mata daripada perlawanan menentang Negeri Sembilan sangat penting.

"Menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) baru-baru ini juga, kami bersyukur sebab mendapat satu mata (0-0)," kata Jafri.

Advertisement

Must Watch Video