Skip to main content

Bola Sepak

PSG pilih Tuchel sebagai pengganti Emery

thomastuchel.jpg
Paris Saint-Germain (PSG) telah melantik Thomas Tuchel sebagai ketua jurulatih menggantikan Unai Emery.

Juara Perancis itu memilih bekas pengendali Dortmund itu selepas dua musim di bawah bimbingan Emery, yang bakal meninggalkan kelab selepas aksi terakhir Ligue 1 berdepan Caen.

Tuchel, yang tidak berkhidmat bersama mana-mana kelab selepas meninggalkan Dortmund tahun lalu, menandatangani kontrak selama dua tahun.

"Ia merupakan satu cabaran yang baru dan saya berbangga kerana dapat berkhidmat untuk PSG," katanya.

"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pemain-pemain, mereka dalam kalangan yang terbaik.

"Dengan staf saya, kami akan cuba membantu pasukan untuk melakar kejayaan yang lebih banyak.

"Saya juga tidak sabar untuk memasuki Parc des Princes, antara stadium terbaik di Eropah dan memiliki atmosfera yang menakjubkan," tambahnya.

 

Advertisement

Must Watch Video