Gareth Southgate mengesahkan prestasi terumbang-ambing Joe Hart bersama West Ham menyebabkan penjaga gol itu gagal mendapat tempat dalam skuad England ke Piala Dunia Russia.
Hart merupakan pemain nombor satu England dalam tiga kejohanan utama yang lalu dan kekal sebagai pilihan pertama sepanjang proses kelayakan walaupun dipinjamkan oleh Manchester City ke Torino dan West Ham, pada dua musim terakhir ini.
Bagaimanapun, pemain yang telah membuat 75 penampilan untuk England itu bergelut di Stadium London selain kehilangan tempat kepada Adrian buat kali kedua musim ini ketika menuju akhir kempen.
Jordan Pickford, Jack Butland dan Nick Pope yang kurang dikenali menjadi pilihan Southgate dan sehubungan itu, pengurus skuad dengan jolokan Three Lions itu bersimpati dengan nasib Hart di samping pertahanan Southampton, Ryan Bertrand, yang terpaksa memberi laluan kepada Danny Rose, Ashley Young dan Fabian Delph untuk merebut bahagian pertahanan kiri.
"Ryan dan Joe sering diketengahkan dalam tempoh dua tahun lalu, jadi ini bukanlah suatu keputusan yang mudah," kata ketua jurulatih England, Southgate, kepada laman sesawang Persatuan Bola Sepak (FA) England. "Sukar untuk menyatakannya bagi memuaskan hati mereka.
"Dengan Joe, kami mempunyai tiga penjaga gol lain yang mengharungi musim ini dengan sangat baik dan dilema yang perlu dihadapi ialah sama ada saya perlu mengekalkan Joe yang mempunyai pengalaman atau memberi peluang kepada tiga pemain yang pada dasarnya menempuhi musim yang lebih baik?
"Kami berasakan semua pemain perlukan merit selepas persembahan mereka musim ini.
"Ryan juga sangat malang kerana mungkin ini adalah posisi paling sengit. Ryan mengharungi musim yang baik tetapi saya berasakan ada yang lebih baik daripadanya.
"Kedua-dua pilihan ini benar-benar sukar. Mereka berdua bersikap bagus dan banyak menyumbang sepanjang kelayakan, jadi ini bukan keputusan yang menyeronokkan dan saya rasa penting untuk mengiktiraf sumbangan mereka selepas membantu membawa kami ke Russia," katanya.
Pemain remaja Liverpool, Trent Alexander-Arnold, meneruskan musim gemilangnya selepas hanya dipanggil sekali di peringkat antarabangsa menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, minggu depan.
"Panggilan pertama untuk Trent Alexander-Arnold adalah wajar," kata Southgate. "Apabila kami memilih pemain muda, ia bukan hanya kerana mereka muda, ia bergantung kepada persembahan mereka.
"Kami juga berdepan beberapa masalah kecederaan termasuk Alex Oxlade-Chamberlain dan Joe Gomez, ia merupakan tamparan besar buat mereka secara peribadi dan mengecewakan bagi kami."
Senarai penuh skuad England:
Penjaga gol: Jack Butland (Stoke), Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Burnley).
Pertahanan: Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Gary Cahill (Chelsea), Fabian Delph (Manchester City), Phil Jones (Manchester United), Harry Maguire (Leicester), Danny Rose (Tottenham Hotspur), John Stones (Manchester City), Kieran Trippier (Tottenham Hotspur), Kyle Walker (Manchester City), Ashley Young (Manchester United).
Pemain tengah: Dele Alli (Tottenham Hotspur), Eric Dier (Tottenham Hotspur), Jordan Henderson (Liverpool), Jesse Lingard (Manchester United), Ruben Loftus-Cheek (Chelsea).
Penyerang: Harry Kane (Tottenham), Marcus Rashford (Manchester United), Raheem Sterling (Manchester City), Jamie Vardy (Leicester), Danny Welbeck (Arsenal).
Senarai menunggu: Lewis Cook (Bournemouth), Tom Heaton (Burnley), Adam Lallana (Liverpool), Jake Livermore (West Brom), James Tarkowski (Burnley).