Presiden Kelantan Red Warrior (KRW), Nik Hafiz Naim Nik Hassan, mengumumkan pengunduran dari jawatan berkenaan hari ini.
Dengan itu, jenama popular tempatan, Nasken Coffee, kini mengambil alih kelab bola sepak itu, sekali gus menyelamatkan KRW daripada terkubur selepas bergelut dengan sekatan daripada Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Nasken Coffee turut menamakan Wan Mohd Fajarulekram Wan Mokhtar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRW.
Nik Hafiz Naim melepaskan jawatan presiden kelab itu berkuatkuasa serta-merta, selain turut melepaskan keseluruhan pegangan sahamnya dalam pasukan itu.
Terdahulu, FIFA diberitakan melarang KRW daripada menandatangani sebarang pemain sehingga 14 Ogos depan, difahamkan kerana memiliki identiti yang sama dengan Kelantan FC.
Sebagai rekod, Kelantan FC digantung pendaftaran oleh FIFA sejak 2023 berikutan masalah pembayaran gaji pemain.