Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dilaporkan akan mengheret seramai 12 pemain bersama tiga pegawai skuad sepak takraw Thailand ke Jawatankuasa Tatatertib.
Perkara itu susulan kontroversi tingkah laku beberapa pegawai daripada Persatuan Sepaktakraw Thailand (TAT) semasa perlawanan akhir Piala Dunia ISTAF regu berpasukan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (KL) baru-baru ini yang enggan meneruskan perlawanan atas dasar tidak protes dengan keputusan pengadil.
🚨 ISTAF heret 12 pemain serta 3 pegawai skuad sepak takraw Thailand ke Jawatankuasa Tatatertib susulan kontroversi enggan meneruskan perlawanan ketika aksi final acara regu berpasukan Piala Dunia ISTAF 23 Mei lalu.@ASTROARENA
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) June 3, 2026
Menerusi Fadhirul Shuhaimi berkongsikan: " ISTAF heret 12 pemain serta 3 pegawai skuad sepak takraw Thailand ke Jawatankuasa Tatatertib susulan kontroversi enggan meneruskan perlawanan ketika aksi final acara regu berpasukan Piala Dunia ISTAF 23 Mei lalu." katanya.
Nantikan laporan penuh di Nadi Arena malam ini.