Kalau saya, saya bangga sebab terbukti jiwa pahlawannya apabila tindakan ketua pasukan skuad bola sepak wanita Malaysia, Intan Serah Anisah Zulgafli, meraih pelbagai reaksi netizen di laman media sosial yang viral, baru-baru ini.
Apa kes? Ada satu insiden berlaku disebalik kemenangan tipis 1-0 Malaysia ke atas Tajikistan dalam aksi Kumpulan H Kelayakan Piala Asia, momen luar biasa menonjol lebih daripada jaringan kemenangan itu – keberanian dan jiwa kepimpinan yang ditampilkan Intan.
Bagaimanapun, skuad wanita negara terlepas tiket ke Piala Asia Wanita 2026 apabila tewas kepada Korea Utara dalam aksi terakhir Kumpulan H di Stadium Pamir Dushanbe.
Bermula dengan rakan sepasukannya terbaring kerana mengalami kecederaan, dengan perasaan tak puas hati, pemain Tajikistan tersebut meluru dan mengheret pemain negara yang sedang kesakitan terbaring itu untuk berada di luar padang kerana beranggapan tindakan tersebut hanya untuk membuang masa.
Muncul Intan pertahankan rakan sepasukan sebelum berlakunya adegan tolak- menolak.
Terbukti, bukan sahaja 'cool' dengan gaya hidup sebagai seorang pemain bola sepak, pastinya Intan memberi inspirasi buat ramai atas tindakannnya itu.
Perkongsian cara hidupnya di laman media sosial juga turut mendapat perhatian ramai, antara yang menarik adalah pertemuan bersama Rasmus Hojlund dalam pembikinan musim baru siri KL to PL.
Dalam dunia bola sepak wanita yang sering dipandang enteng, tindakan Intan menjadi simbol kekuatan dan solidariti.
Ia membuktikan bahawa pasukan ini bukan sekadar bermain untuk menang, tetapi mereka berjuang bersama, satu untuk semua, semua untuk satu.
Perempuan pun boleh main bola sepak dan versetil macam Intan okay!