Skuad sepak takraw berpasukan lelaki negara menonjolkan permainan memukau, sekali gus berjaya menundukkan Indonesia 2-0 untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (KL) sebentar tadi.
Skuad kendalian Ahmad Jais Baharun itu dalam landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan bagi mengubati kekecewaan kecundang dalam final Piala Asia ASTAF tahun lalu.
Malaysia akan bertemu musuh tradisi, Thailand, yang akan berlangsung pada malam ini.
FINAL PIALA DUNIA ISTAF: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) MALAYSIA VS THAILAND
Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
Saluran: Astro Arena (801)
Lokasi: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
Masa: Bermula 8.00 malam ini
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!