Menjelang pertemuan Liverpool dan Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara (UCL), Jurgen Klopp menyatakan tidak berminat membandingkan Mohamed Salah dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Pemain antarabangsa Mesir itu menyamai rekod 44 gol Ronaldo dalam semua pertandingan musim ini untuk meletakkannya sebagai pesaing sah memburu Anugerah Ballon d'Or selepas pemenang lima kali, Ronaldo, dan saingannya di Barcelona, Messi, mendominasi trofi itu dalam tempoh 10 tahun terakhir.
Sekiranya Salah mengekalkan prestasi luar biasa dalam aksi seterusnya, maka pemain berusia 25 tahun itu pasti meletakkan dirinya sebaris dengan pemain elit.
Begitupun, Klopp menolak kepentingan kelibat pemain individu dengan penentuan di Kiev, Ukraine, awal pagi esok, sambil memberi fokus dalam semua aspek.
"Itu tidak penting," katanya dalam sidang akhbar di Stadion NSC Olimpiyskiy ketika ditanya mengenai prospek Salah untuk menggantikan dua bintang terkemuka itu.
"Tiada pengurus yang berminat dengannya. Messi dan Ronaldo layak menerima pujian atas semua kejohanan yang telah mereka menangi. Selama bertahun-tahun mereka berada di tahap itu dan sekarang, pada usia 30 tahun pun, masih di peringkat itu.
"Jika Mo boleh melakukannya, maka kita akan melihatnya memiliki potensi hebat. Masih ada satu lagi permainan, namun musim ini adalah cemerlang. Beberapa musim akan datang akan membuktikan sama ada dia boleh melakukan hal yang serupa," ujarnya.