Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, menjelaskan Paul Pogba telah dinasihatkan menjalani pembedahan bagi memulihkan kecederaan buku lalinya.
Solskjaer menjangkakan Pogba cergas untuk bersama skuad United berdepan Arsenal tetapi mendedahkan masalah buku lali pemain tengah itu mungkin memaksanya untuk berehat lebih panjang lagi.
Pogba, yang beraksi bersama United ketika tewas 2-0 kepada Watford, 22 Disember lalu, melakukan penampilan sebagai pemain gantian selepas berehat tiga bulan dan sekali lagi turun beraksi ketika menundukkan Newcastle United 4-1.
Selepas menyaksikan skuad kendaliannya tewas 2-0 kepada Arsenal di Stadium Emirates awal pagi tadi, Solskjaer telah ditanya berapa lama tempoh masa yang diperlukan Pogba untuk diketepikan dan beliau memberitahu kepada BT Sport, "Saya tidak tahu, mungkin tiga atau empat minggu.
"Dia telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan dan saya berasakan dia perlu melakukan prosedur itu."
Solskjaer kemudian mejelaskan mengenai penglibatan kelab itu terhadap rawatan Pogba dengan menjelaskan, "Dia telah menjalani imbasan, tiada kecederaan yang serius, ia sesuatu yang boleh diuruskan dalam jangka masa yang ditetapkan.
"Pembedahan itu harus dilakukan dalam kadar segera. Kami telah menghantar pegawai untuk menasihatkan mengenai kecederaannya, imbasan tersebut telah dilakukan oleh kami."
United ketinggalan menerusi jaringan Nicolas Pepe pada minit kelapan sebelum Arsenal menggandakan jaringan menerusi Sokratis Papastathopoulos sebelum tamat separuh masa pertama.
Solskjaer mencadangkan pemain United mula terkesan di sebalik jadual padat apabila turun beraksi lima kali dalam tempoh 13 hari menjelang kunjungan ke Arsenal itu.
"Kami bermula baik, namun gagal melunaskan peluang menerusi dua atau tiga serangan balas yang dilancarkan," katanya lagi.
"Kami lambat bertindak ketika melakukan serangan. Pujian harus diberikan kepada Arsenal yang tampil cemerlang. Secara keseluruhanya, mereka bermain dengan baik."
Editor: Ammar Hakim