Paul Scholes berpendapat pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, menampilkan aksi yang memuaskan hati pada musim ini tetap tiada pemain yang patut dikekalkan jika tidak gembira bersama kelab.
Pemain termahal United itu dilihat mula menemui sentuhannya sejak kembali menyertai The Red Devils dari Juventus pada 2016.
Dia yang kini berusia 25 tahun sering dijadikan sasaran kritikan selepas perlawanan melibatkan skuad bimbingan Jose Mourinho itu, terutama ketika United tunduk 1-0 di tangan Chelsea dalam aksi final Piala FA.
"Sebaik sahaja tamat musim dan pemain-pemain menyertai skuad kebangsaan, sentiasa akan wujud komen-komen daripada mereka," kata Scholes.
"Jika pemain tidak gembira, lepaskan mereka. Bagi saya, itu cara terbaik.
"Pogba hanya menampilkan aksi memuaskan pada musim ini berdasarkan kualiti yang dimiliki.
"Masih ada masa. Dia hanya berada di situ beberapa tahun dan masih muda. Diharapkan, sentuhan ketika di Juventus akan lebih banyak ditampilkannya pada musim depan," ujarnya.
Masa depan Marcus Rashford dan Anthony Martial turut menjadi tanda tanya selepas dikritik oleh Mourinho tetapi Scholes jelas tidak mahu melihat kualiti yang dimiliki kedua-dua pemain itu memperkuatkan pesaing utama di England.
"Saya sedar mereka adalah pemain yang bagus dan sangat berbakat.
"Saya tidak mahu melihat mereka meninggalkan pasukan dan beraksi hebat di tempat lain kerana perkara itu mudah terjadi," tambahnya.