Mauricio Pochettino percaya peluang amat sukar untuk menyaksikan Tottenham Hotspur beraksi di stadium baru mereka musim ini.
Spurs kini beraksi di Stadium Wembley sebagai gelanggang tuan rumah selepas beberapa kelewatan dalam pembinaan menghalang mereka untuk berpindah kembali ke White Hart Lane yang baru.
Sebelum ini, skuad kendalian Pochettino itu berharap dapat menggunakan stadium baru mereka itu, awal musim ini.
Pasukan itu memberikan pengesahan bahawa aksi "derby" London di antara Spurs dan Arsenal bulan depan akan berlangsung di Wembley sementara mereka masih menunggu sijil keselamatan untuk gelanggang berkapasiti 62,000 tempat duduk itu dikeluarkan.
Mereka juga perlu melakukan ujian ke atas sistem pengesanan kebakaran dan penggera ketika masa kian suntuk untuk mereka mendapatkan kebenaran menggunakan stadium itu menjelang penghujung musim ini.
Bagi Pochettino, dia tidak pasti sama ada venue baru itu dapat digunakan musim ini atau tidak.
"Saya tidak mahu berfikir tentangnya, hajat saya adalah untuk menyaksikan kami beraksi di stadium baru itu sebelum tamat musim ini.
"Keberanian saya menyatakan ia amat sukar untuk terjadi, hajat saya pula terlalu besar untuk kami menamatkan musim ini di stadium baru itu," katanya.
Keadaan itu, bagaimanapun, tidak menjejaskan tumpuan Spurs di atas padang.
Tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini menyaksikan mereka kini hanya ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Manchester City dan Liverpool.
"Jika anda menonton beberapa perlawanan lalu di Wembley, hanya terdapat 30,000 penyokong di sana.
"Saya mahu kami beraksi di depan 60,000 penyokong dan bukannya 30,000.
"Saya mahukan 60,000 itu membantu kami meraih tiga mata dalam setiap perlawanan.
"Kehadiran penyokong yang ramai akan melonjakkan semangat juang pemain.
"Mereka semua amat kecewa, kami semua cintakan Wembley, ia hanya disebabkan kami menjangkakan sudah dapat beraksi di stadium baru.
"Ia amat hebat jika dapat beraksi dalam lima perlawanan terakhir di sana.
"Saya berharap ia akan berlaku dan saya sentiasa bersikap positif untuk kami beraksi di sana," tambahnya.