Skip to main content

Bola Sepak

PKNP fokus taktikal Selangor

abu-bakar-fadzim_1.jpg

PKNP FC mahu momentum kemenangan diteruskan apabila berkunjung ke Stadium Cheras menentang tuan rumah, Selangor, dalam aksi Liga Super malam esok.

Pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim, jelas mahu pemainnya mempamerkan kesungguhan kerana faktor ini boleh membezakan keputusan perlawanan.

Advertisement

"Saya mengharapkan pemain dapat kekalkan kecergasan dan fokus apabila berhadapan Selangor kerana saya percaya The Red Giants mahu bangkit di tempat sendiri," katanya.

"Bukan mudah tetapi jika ada kemahuan, di situ terbit kemenangan. Harap semangat kemenangan ini dapat diteruskan.

"Jadual bulan Mei memang padat tetapi itu bukan alasan. Pemain saya perlu sedar dan mempamerkan aksi lebih baik," tambahnya.

Dalam saingan terdahulu, PKNP menumpaskan Kelantan 2-0 untuk berada di kedudukan ketujuh liga dengan 10 mata.

Must Watch Video