Penyerang dari Puerto Rico, Hector Omar Ramos, kembali ke pangkuan Sabah selepas secara rasmi diumum sebagai salah seorang pemain import yang akan beraksi bersama skuad Tambadau itu dalam saingan Liga Super bermula hujung bulan depan.
Ramos, 30, yang lebih mesra dipanggil Pito, pernah beraksi bersama Sabah pada musim 2018 dan dia antara watak penting ketika pasukan itu mencipta kejutan mara hingga ke separuh akhir saingan Piala Malaysia.
Selain Pito, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) turut mengumumkan tiga lagi pemain yang akan membawa cabaran Sabah dalam saingan Liga Super.
Tiga pemain itu ialah Dennis Buschening, 29, dari Thailand (tengah) yang mengisi slot bagi pemain import Asia Tenggara, bekas pertahanan kebangsaan dan Pahang, Muhammad Zubir Mohd Azmi, 29, serta bekas penjaga gol Terengganu, Wan Muhammad Azraie Wan Teh, 34.
Sabah juga mengekalkan dua pemain import dalam saingan Liga Perdana tahun lalu, iaitu Park Taesu, 30, dari Korea Selatan (pertahanan) dan Rodoljub Paunovic, 34, dari Serbia (penyerang).
Presiden SAFA, Datuk Peter Anthony, berkata dalam usaha memantapkan saingan pasukan itu dalam Liga Super, tumpuan harus diberikan untuk menguatkan bahagian pertahanan dan tengah.
Justeru, beliau yakin kemasukan pemain import baru itu akan menguatkan cabaran Sabah dalam Liga Super dengan perlawanan pertama ialah menentang PDRM FA di gelanggang lawan pada 1 Mac depan.
Selepas lapan tahun, Sabah kembali ke saingan utama Liga Super apabila menjuarai Liga Perdana tahun lalu.
Mengenai prasarana Stadium Likas sempena menghadapi Liga Super, Peter berkata hanya pagar keselamatan di beberapa tempat sekitar stadium itu telah dikenal pasti untuk dibaik pulih disebabkan ada yang mudah dibolosi.
Katanya, ini bagi memastikan pasukan tuan rumah (Sabah) tidak rugi daripada segi pungutan jualan tiket dan mengelak ada penonton tercedera ketika memanjat pagar.
Beliau berkata prasarana lain antaranya lampu stadium dan padang dalam keadaan baik.
Editor: Shaiful Shamsudin