Hadiah sebuah motosikal menanti dalam acara cabutan bertuah semasa perlawanan akhir bola sepak antara daerah B-19 merebut Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di Stadium Perak, Sabtu ini.
Setiausaha PAFA, Mohamad Azlin Mohd Nadzri, berkata hadiah motosikal itu adalah sumbangan Presiden PAFA merangkap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
"Hadiah ini khas untuk pemain sahaja. Jadi, pemain daripada semua pasukan yang menyertai kejohanan ini berpeluang memenangi hadiah itu..
"Justeru, diharapkan semua pemain hadir, bukan dua finalis saja," kata Azlin dalam sidang akhbar perlawanan akhir piala itu.
Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) akan bertemu PB Kerian (PBK) dalam perlawanan akhir pada jam 5.00 petang.
Menurut Azlin, sebanyak 12 pasukan terdiri daripada ahli gabungan, termasuk Majlis Sukan India Perak (MSIP), menyertai kejohanan anjuran PAFA itu dan ia diadakan setiap hujung minggu secara pesta di UiTM Seri Iskandar.
Juara kejohanan akan menerima RM7,000 manakala naib juara RM4,000 sambil dua pasukan yang tewas dalam separuh akhir bakal pulang dengan RM2,000.
Editor: Nafis Abdullah