Skip to main content

Bola Sepak

Piala Presiden: Kelantan menang tipis

skuad-piala-presiden-kelantan.jpg
Impian Kelantan untuk kembali mencipta kemenangan tercapai selepas mengalahkan Pahang 1- 0 dalam saingan Kumpulan A, Piala Presiden di Stadium Sultan Muhammad IV, petang semalam.
 

Penyerang muda, Afiq Sahuddin, sekali lagi menjadi hero tuan rumah apabila merembat kencang menewaskan penjaga gol Pahang, Muhammad Daniel Wafiuddin Sa’dun, untuk gol pendahuluan Kelantan pada minit ke-37.
 
Dalam babak kedua, jentera serangan skuad Tok Gajah cuba mencari gol penyamaan, malangnya semua percubaan berjaya disekat kapten The Presiden Warriors (TPW), Wan Mohamad Ridhwan Wan Deraman.
 
Pertahanan TRW, Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni, hampir menggandakan kedudukan, malangnya sepakan percumanya terus ke dakapan penjaga gol Pahang, Muhammad Daniel Wafiuddin, pada minit ke-80.
 
Ketua jJurulatih TPW, Zahasmi Ismail, lega dengan kemenangan tipis ke atas anak buah kendalian Mohd Azaruddin Mohd Aziz  itu dan yakin skuad mudanya mampu mencapai sasaran mara ke suku akhir.
 
"Alhamdulillah, pemain berjaya menyerap segala asakan skuad Pahang dan Afiq (Saluddin) menyudahkan  satu gerakan cantik untuk gol kemenangan kami,” katanya.
 
“Mereka (pemain) sudah memberikan segala yang terbaik dan kami akan bersedia untuk perlawanan seterusnya menentang MIFA di Stadium Mini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Isnin, depan,” katanya.
 
Kemenangan tipis ini membolehkan TPW melonjak ke tangga keempat liga dengan 23 mata hasil enam kemenangan dan lima kali seri.

Advertisement

Must Watch Video