Ujian pertama Harimau Muda dinilai menerusi perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Super, PDRM, yang berkesudahan dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan daripada pemain tengah, Rohisham Haiqal Hashim.
Usai tamat aksi, ketua jurulatih, Nafuzi Zain, berkongsi kelegaan selepas menilai corak permainan dan taktikal yang berjaya menunjukkan petanda awal kepada peningkatan positif diterjemahkan di atas padang oleh skuad kendaliannya menjelang Kejohanan Piala Mandiri ASEAN bawah 23 tahun (B-23).
Meskipun timbul persoalan kubu pertahanan dilihat seakan dibelenggu kepincangan, Nafuzi percaya masih ada baki masa lagi untuk menggilap kelompongan yang dikhuatiri mampu merencatkan strategi yang telah dirancang.
Ulasnya, agenda utama sekarang adalah untuk memastikan bahagian pertahanan tidak menjadi titik lemah, terutama menjelang kehangatan pertembungan akhir di peringkat kumpulan berdepan dengan tembok halangan utama, Indonesia.
"Sekarang ini, yang penting adalah meningkatkan kecergasan pemain. Aksi seperti ini kita akan memberi peluang sama rata.
"Untuk kesebelasan utama, saya dan barisan kejurulatihan sedang menilai, sementara menentukan percaturan yang sesuai.
"Satu keterujaan untuk beraksi dalam suasana yang hangat seperti di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), namun kita harus melakukan persiapan sewajarnya termasuk mental dan fizikal," katanya di Nadi Weekend.
Skuad negara selepas ini dijadualkan bertemu Melaka pada 8 Julai sementara aksi menentang Negeri Sembilan pada 10 Julai akan menjadi peluang terakhir skuad muda negara mempersiapkan jentera sebelum berlepas ke Jakarta.

Tamat 90 minit masa perlawanan, aksi persahabatan pertama berakhir dengan keputusan ;
— husnae (@husnazainudin_) July 5, 2025
Harimau Malaya B23 (1 - 0) PDRM FC
Nantikan rumusan lanjut dari ketua jurulatih skuad B23 negara, Nafuzi Zain dalam Nadi Weekend, 11 malam! @ASTROARENA https://t.co/wAcebxSWHN pic.twitter.com/yGgNMmDjl9