TERENGGANU 2 SELANGOR 0
Terengganu FC memberikan Selangor FC tugas sukar menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 di Kelana Jaya, minggu depan, berbekalkan agregat 2-0.
Dalam pertemuan pertama di Gong Badak, sebentar tadi, corak agresif Sang Penyu di depan gawang yang disusun sejak awal permainan menyaksikan Ivan Mamut mengambil tugas menyepak masuk dari jarak 12 ela -- selepas Nurillo Tukhtasinov dibentes oleh Quentin Cheng -- menjadikan kedudukan 1-0 pada masa kecederaan menuju bilik persalinan .
Senario sebaliknya berlaku dalam baki sebenar 45 permainan dengan barisan pelawat kendalian Tan Cheng Hoe mula mencengkam bahagian tengah.
Drama di penghujung perlawanan kian rancak apabila sekilas peluang berharga yang dilepaskan Brendan Gan di depan kotak penalti -- ekoran larian licik Faisal Halim -- dilepaskan.
Syahmi Zamri -- antara pemain muda yang diturunkan -- pantas membalas kepercayaan jurulatih Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner, yang mengeluarkan Mamut menanduk masuk sepakan lintang Nik Muhammad Sharif Haseefy Lazim yang tepat menuju kepalanya.
"Kami tidak bermain dengan begitu baik terutama separuh masa pertama apabila kami tidak boleh mengawal tempo permainan dan pergerakan pasukan agak lembab.
"Kami tidak cipta peluang gol dan melepaskan satu gol yang dianggap sepakan penalti yang agak mudah diberikan.
"Nampak impak diberikan pemain dalam separuh masa kedua tetapi kami menggunakan beberapa peluang yang ada.
"Bukan mudah untuk main dalam timbal balik di Stadium MBPJ tetapi dalam bola sepak tiada yang mustahil kalau bekerja keras.
"Saya tetap yakin dengan apa yang ada dan pasukan sedia ada," kata Cheng Hoe selepas perlawanan.