Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, menegaskan faktor pertemuan terdahulu tidak boleh dijadikan sebagai ukuran menjelang aksi separuh akhir Piala FA menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam esok.
Dalam masa sama, pengendali berbangsa Croatia itu turut menggesa anak buahnya agar berwaspada dengan The City Boys memandangkan pasukan itu mempunyai rekod baik di gelanggang lawan.
Terengganu dan KL City terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Super di Gong Badak pada Mac lalu.
Bagaimanapun, mereka memenangi empat pertemuan sebelum itu dan kali terakhir mereka tewas kepada skuad Warga Kota berkenaan adalah dalam pertemuan Liga Super di laman sendiri pada Ogos 2021.
Dalam pada itu, KL City pula hanya tewas sekali di gelanggang lawan sepanjang musim ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Steinbruckner berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Tiada sebarang jaminan dalam hidup ini, anda tidak tahu apa yang akan berlaku hari ini atau pada hari perlawanan esok.
"Segala situasinya, Terengganu memenangi perlawanan menentang KL City di laman sendiri sebelum ini (musim lalu) tetapi dalam perlawanan terakhir, ia berakhir tanpa jaringan.
"Kami perlu bersedia terhadap segala-galanya, termasuk menjalankan latihan sepakan penalti.
"Kerana kami sedar Kuala Lumpur pasukan yang amat baik dan beraksi dengan amat bagus dalam beberapa perlawanan terakhir.
"Jika anda melihat kepada tiga perlawanan lalu, mereka menewaskan Sabah di laman lawan dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
"Kemudian mereka menang di Pahang dan seri di Penang.
"Mereka pasukan yang baik dengan jurulatih yang hebat dan memiliki ramai pemain yang baik secara individu dan berpasukan," katanya.