Raheem Sterling mendedahkan bahawa Pep Guardiola tidak sanggup untuk menonton penentuan penalti ketika Manchester City menundukkan Chelsea untuk merangkul kejuaraan Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.
City gagal merobek pintu gol Chelsea dalam aksi di Wembley itu sungguhpun masih segar daripada membelasah seteru mereka itu 6-0 dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), dua minggu lalu.
Selepas perlawanan terikat tanpa gol dalam tempoh sebenar pemainan yang menyaksikan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, enggan digantikan ketika diminta ditukarkan oleh Maurizio Sarri, Sterling tampil melepaskan sepakan terakhir untuk meraih kemenangan 4-3.
Pemain England itu memainkan peranan utama dalam kejayaan City mengekalkan Piala EFL yang dimenangi setahun lalu selepas mengalahkan Arsenal 3-0.
"Ini satu perasaan yang hebat. Saya beraksi di tempat sendiri, di Wembley, di bandar kelahiran saya," kata Sterling kepada Sky Sports.
"Ia adalah satu perlawanan yang sukar tetapi ia menakjubkan, pemain-pemain beraksi cemerlang hari ini.
"Saya sedar jika saya menyempurnakan sepakan itu, maka kami akan menjuarainya. Itulah keyakinan yang saya perlukan untuk pastikan bola itu masuk.
"Pep berkata dia tidak menonton penentuan penalti itu, dia ada bertanya: 'Ke mana ia dihalakan?' Saya hanya memberitahunya bahawa ia telah berakhir di tong sampah!"
City memenangi Piala EFL buat kali keempat dalam tempoh enam tahun. Ini bermakna mereka telah mengambil langkah pertama untuk menempa sejarah meraih empat gelaran semusim.
"Chelsea beraksi dengan sangat baik, mereka benar-benar mantap dan sukar untuk ditembusi," kata Sterling.
"Tetapi dalam bola sepak, anda perlu mencuba dan kami melaksanakan tugas yang diamanahkan.
"Satu trofi sudah dimenangi. Kini kami hanya perlu terus memenangi perlawanan, itu sahaja."
Rakan sepasukannya, Ilkay Gundogan, yang menjaringkan penalti pertama untuk City berasakan masih terlalu awal untuk bercakap mengenai empat gelaran.
"Saya masih ingat kata-kata yang sama tahun lalu," kata Gundogan kepada Sky Sports. "Saya tidak tahu jika ia boleh membantu sekiranya ia dibincangkan, kami hanya perlu menang sebanyak mungkin.
"Hari ini merupakan perlawanan akhir pertama buat kami. Kami berharap dapat mencapai sekurang-kurangnya satu lagi aksi final. Kami akan mencuba sebaik mungkin dan lihat hasilnya pada akhir musim ini."