CHELSEA 0 MAN CITY 0
(City juara melalui penentuan penalti 4-3)
Maurizio Sarri mendakwa Kepa Arrizabalaga yang tampak seperti ingkar untuk digantikan dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) hanyalah kerana"salah faham".
Kepa memerlukan rawatan sebanyak dua kali dalam masa tambahan aksi di Wembley itu awal pagi tadi, dengan dengan Willy Caballero -- wira Manchester City dalam penentuan penalti dalam perlawanan akhir edisi 2016 -- bersedia untuk dimasukkan.
Sarri kelihatan berang apabila Kepa menolak untuk dikeluarkan sehingga menyebabkan Caballero kebingungan kerana terpaksa menanti lama.
Selepas 120 minit permainan tanpa gol, City memenangi penentuan penalti 4-3, dengan Kepa menyelamatkan tendangan Leroy Sane tetapi gagal menangkis tendangan lemah Sergio Aguero yang melepasi jangkauannya sebelum Raheem Sterling memuktamadkan adegan itu.
Sarri, bagaimanapun, tidak mengecam pemain termahal Chelsea berkenaan sambil menjelaskan pandangannya tentang kejadian tersebut.
"Wujud salah faham ketika itu," kata Sarri kepada Sky Sports. "Kami berdepan masalah dan kami memerlukan perubahan.
"Saya menyedari situasi itu dan pegawai perubatan yang kembali ke bangku simpanan selepas memberi rawatan selama empat minit telah memaklumkan kepada saya. Ia hanyalah salah faham yang besar.
"Saya difahamkan penjaga gol kami mengalami kekejangan. Saya fikir dia tidak mampu untuk beraksi dalam penentuan penalti tetapi kecederaan tidaklah seburuk yang disangkakan dan dia mampu menyambung tugasnya."
Sarri kelihatan bersedia untuk meninggalkan padang Wembley itu berikutan kejadian tersebut sebelum muncul semula dari terowong pemain.
"Bukan bukan, ketika itu saya hanya memerlukan ketenangan dan suasana sunyi," kata pengurus Chelsea itu berulang kali dengan memilih untuk tidak menyebut nama Kepa.
"Seperti yang saya katakan kepada penjaga gol, saya memintanya untuk dikeluarkan atas masalah fizikalnya dan dia menjelaskan tidak mempunyai masalah.
"Sebaik doktor tiba di bangku simpanan, dia memaklumkan penjaga gol kami mengalami sedikit masalah dan saya mengarahkan Caballero agar bersedia.
"Saya perlu bercakap dengannya (Kepa) untuk menjernihkan keadaan kerana sekarang barulah saya faham keadaan sebenarnya."
Chelsea ditundukkan 0-6 di City dalam pertemuan Liga Perdana, dua minggu lalu, tetapi mempamerkan persembahan yang lebih baik selepas Sarri menggunakan Eden Hazard sebagai pusat serangan dan mengetepikan Gonzalo Higuain di bangku simpanan.
"Mereka beraksi seperti mana yang saya kehendaki. Saya bangga dengan pemain saya hari ini," kata Sarri. "Anda perlu bertanya kepada kelab (mengenai masa depannya). Saya sangat gembira untuk berada di sini.
"Dalam tiga perlawanan terakhir, prestasi kami bertambah baik. Hari ini kami telah membuktikan kepada semua orang bahawa kami boleh menjadi pasukan yang sangat mantap.
"Kami tidak memberi sebarang ruang kepada lawan dan menentang City bukannya mudah, jadi saya sangat gembira dengan barisan pemain dan bangga dengan mereka.
"Sekiranya anda menonton persembahan kami, ia sangat memberangsangkan kerana pada pendapat saya, kami sedang menghadapi pasukan terbaik di Eropah."